TAHUKAH ANDA SEJARAH PENYEMBAHAN BERHALA & PENGAGUNGAN KUBURAN



TAHUKAH ANDA SEJARAH PENYEMBAHAN BERHALA & PENGAGUNGAN KUBURAN


(1) Penyembahan berhala dan pengagungan kuburan oleh golongan musyrik terdahulu bermula dengan ketaksuban / fanatik mereka terhadap orang² soleh dalam kalangan mereka
.
(2) Apabila orang² soleh tersebut meninggal dunia, jenazahnya disemadikan / dikubur di dalam rumah² ibadah sambil gambar orang² soleh tersebut digantung di dalamnya. Gambar² ini pula seterusnya dimanifestasikan dalam bentuk berhala / patung

Sabda Rasulullah ï·º ketika menjelaskan hakikat ini "Mereka itu, jika ada seorang yang soleh di antara mereka yang meninggal dunia, mereka membangunkan masjid di atas kuburnya, kemudian membuat gambar / patung orang soleh itu di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.” (Sahih al-Bukhari no:1341 dan Sahih Muslim no: 528)
.
(3) Kuburan tersebut seterusnya dijadikan pula sebagai lokasi untuk mereka melaksanakan pelbagai ritual agama seperti berdoa, memohon syafaat / pertolongan dan sebagainya. Dalam kitab Tafsir At-Thabari, jilid 22, ms. 523 dinyatakan
.
“Al-Latta adalah seorang lelaki yang membuat adunan roti kepada jamaah haji (secara percuma). Ketika dia meninggal dunia, orang-orang beriktikaf di kuburannya dan menyembahnya.”
.
(4) Apabila diingkari perbuatan mereka yang menjadikan berhala / kuburan tersebut sebagai objek penyembahan, mereka berkata dengan mengemukakan alasan berikut
.
“Kami tidak menyembah mereka (berhala) melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya." (Surah az-Zumar ayat 3)

Mereka juga berkata: "Mereka (berhala-berhala) itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah." (Surah Yunus ayat 18)

Ternyata, mereka tidaklah menganggap berhala tersebut sebagai Tuhan tetapi sekadar menjadikannya sebagai PERANTARAAN dalam beribadah kepada Allah

Ini kerana pada hakikatnya, mereka juga mengaku bahawa Allah ialah Rabb, yakni Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. .
.
Firman Allah s.w.t : “Dan sungguh jika kamu (Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: “Allah”, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?” (Surah Az-Zukhruf ayat 87}

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post